Foto Instagram Uqasha Senrose.

KUALA LUMPUR – Tarikh pasangan selebriti Kamal Adli, 35, dan Uqasha Senrose, 29, yang bakal bernikah dalam masa terdekat ini kini mula menjadi teka-teki.

Ini kerana Uqasha telah mengadakan majlis bridal shower di sebuah kediaman di ibu negara baru-baru ini.

Menerusi video dikongsikan akuan @kadgalericinta, jelas memaparkan nama Kamal dan Uqasha pada majlis yang tertera pada Oktober 21.

Namun tidak ditulis tarikh perkahwinan pasangan itu.

Menurut akaun tersebut, pihaknya menyerahkan kepada Uqasha dan Kamal untuk mengumumkan tarikh hari bahagia mereka nanti.

“Guys (korang), jangan salah faham pasal tarikh itu, dia dalam bulan ni lah Oktober 21, tapi berapa hari bulan tu rahsialah,” tulisnya.

Terdahulu, pasangan tersebut yang melangsungkan pertunangan pada April lalu bagaimanapun enggan mendedahkan tarikh majlis pernikahan mereka. – MalaysiaGazette