Pelantikan Shahril Hamdan yang juga Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu tular di media sosial malam ini termasuk gambarnya bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan dilantik menjadi Pengarah Ekonomi Pejabat Perdana Menteri.

Pelantikan beliau yang juga Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu tular di media sosial malam ini termasuk gambarnya bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Bagaimanapun setakat malam ini belum ada pengesahan dan kenyataan rasmi mengenainya.

Shahril merupakan lepasan jurusan Ekonomi di University of Manchester dan belajar peringkat sarjana dalam bidang Etnik Kaum dan Kajian Pasca-kolonial di London School of Economics and Political Science.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.