Menteri Besar Johor, Datuk Ir. Hasni Mohammad (tengah) ketika mengadakan lawatan ke Segamat hari ini. Foto:Ihsan FB Hasni Mohammad
SEGAMAT – Penglibatan daripada kepimpinan setempat amat diperlukan untuk menjayakan usaha dalam menyerlahkan potensi ekonomi dan sosial bagi setiap daerah.

Menteri Besar Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad berkata, oleh itu kepimpinan daerah digesa merebut peluang daripada keputusan kerajaan yang memasukkan Segamat sebagai sebahagian daripada Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).

“Usaha awalan harus diperkukuhkan antara kepimpinan daerah dan pihak ECER supaya manfaat daripada pembangunan tersebut dapat dirasai oleh penduduk di Segamat.

“Saya juga berharap kita  untuk mencari penyelesaian terhadap isu-isu perumahan dan masalah penghijrahan golongan muda ekoran kekurangan peluang ekonomi di Segamat,” katanya selepas mengadakan lawatan ke daerah Segamat di sini hari ini.

Lawatan ke Segamat dimulakan dengan Sesi Libat Urus Bersama Kepimpinan Daerah Segamat sempena Belanjawan Johor 2022.

Semalam, Hasni juga melakukan lawatan ke daerah Muar sebagai usaha sempena persiapan Belanjawan Johor 2022 yang akan dibentang November depan.

Lawatan di kedua-dua daerah selama  dua hari berturut-bagi membolehkan kerja-kerja awalan diambil selepas  Perintah Kawalan Pegerakan (PKP), rentas negeri dibenarkan dan banyak sektor yang telah  dibuka.- MalaysiaGazette