Sebanyak 144 kawasan di Gombak dan Kuala Lumpur akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan kejadian injap bocor di Warta Lama, Jalan Kuching - Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seluruh kawasan Hulu Selangor, Kuala Langat dan Shah Alam telah mendapat bekalan air sepenuhnya setakat jam 6 petang tadi.

Manakala di Kuala Selangor 99.4%, Petaling (98.9) dan Gombak (85).

Kuala Lumpur dan Klang masing-masing 70.5 dan 50.4%.

Pengurusan Air Selangor berkata, setakat jam 6 petang tadi, pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas telah mencapai tahap 85%.

Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air.

Air Selangor berharap agar para pengguna yang telah mendapat bekalan air akan
menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar seperti yang dijadualkan.

Gangguan bekalan air berlaku di 998 kawasan pada 13 Oktober lalu berikutan kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset-aset kritikal di Loji Rawatan Air Sungai Selangor. – MalaysiaGazette