Ahli petugas Cinta Gaza Malaysia ketika bersarapan di restoran mewah tepi pantai. Foto: Facebook Nadir Al-Nuri

KUALA LUMPUR – Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Nadir Al Nuri yang sebelum ini dikecam netizen susulan nasihatnya kepada rakyat Malaysia agar tidak melupakan penduduk Palestin yang sudah 73 tahun tidak pulang ke kampung sekali lagi terpalit dengan kontroversi.

Kali ini, Nadir mendapat komen yang rata-ratanya bersifat negatif daripada gambar yang dimuat naik di media sosialnya ketika bersarapan di sebuah restoran mewah, Maldive Gaza.

Menurut aktivis kemanusiaan itu, dia tidak peduli dengan komen dan hinaan yang dilontarkan terhadapnya kerana menyedari masih ramai yang belum mengenali perjuangan yang sebenar.

“Teruskan dengan komen masing-masing, hinaan dan cercaan masing-masing.

“Saya ok je kalian yang baru kenal kami nak komen apa pun. Kalian bukan kenal yang duduk dengan kami ni mana satu pejuang, mana satu keluarganya ada syahid, yang mana satu hidup ikat perut,” katanya dalam satu ciapan pada akaun Twitter.

Tambah Nadir, harga makanan di restoran tersebut tidak terlalu mahal seperti bualan netizen, sebaliknya harga yang ditawarkan adalah berpatutan.

“Tempat ni nampak je mewah, tapi dalam 15 orang makan tu RM100 lebih je,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast