Seorang pekerja mengambil sampel minyak di telaga minyak di Morichal, Venezuela. foto Agensi

SINGAPURA – Harga minyak mencecah paras paling tinggi pada hari ini dengan permintaan berterusan susulan pemulihan pandemik Covid-19.

Kenaikan ini didorong oleh permintaan yang lebih banyak kebiasaan dari jana kuasa yang beralih dari gas dan arang batu yang mahal kepada bahan bakar minyak dan diesel.

Niaga hadapan minyak mentah Brent meningkat AS$0.87 atau 1%, kepada AS$ 85.73 setong pada 0111 GMT, harga tertinggi sejak Oktober 2018.

Manakala niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) Amerika Syarikat melonjak sebanyak AS$ 1.12, atau 1.4%, kepada AS$ 83.40 setong, tertinggi sejak Oktober 2014.

Kedua-dua kontrak meningkat sekurang-kurangnya 3% minggu lalu.

“Kelonggaran pergerakan di seluruh dunia telah membantu pemulihan penggunaan minyak,” menurut analisis daripada ANZ Bank dalam nota penyelidikannya.

Tambahnya, pasaran bahan bakar pesawat disokong oleh berita bahawa Amerika Syarikat akan membuka sempadannya kepada pelancong asing yang divaksinasi bulan depan.

Kebenaran serupa di Australia dan seluruh Asia pula bakal menyusul. – Reuters