KUALA LUMPUR – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan Lipis, Pahang telah dilanjutkan bermula esok sehingga 4 November 2021.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Said berkata, lokaliti yang terlibat adalah Program Bersepadu Daerah Terpencil (Projek untuk Penempatan Orang Asli) Pantos.

Dalam kenyataan sama juga menyebut hanya Lipis yang masih dalam fasa PKPD dan tiada kawasan baharu mahupun penampatan kawasan dinyatakan.

Sementara itu, peratusan vaksinasi populasi dewasa Malaysia sudah mencapai 94 peratus.
Menerusi ciapan di Telegram Majlis Keselamatan Negara menyatakan seramai 22,013,263 individu sudah lengkap divaksin.

Dalam pada itu, 97.2 peratus atau 22,764,203 individu sekurang-kurangnya menerima satu dos suntikan vaksin.

Sejumlah 134,684 jumlah pemberian dos vaksin harian telah direkodkan.- MalaysiaGazette