annuar musa
Annuar Musa.

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju meningkatkan jumlah pelaburan bagi menambah baik infrastruktur telekomunikasi di Kelantan daripada RM700 juta kepada lebih RM1 bilion.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa yang mengesahkan perkara itu berkata, pelbagai inisiatif baharu telah ditambah menerusi Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) di negeri berkenaan.

“JENDELA di Kelantan telah ditambah dengan inisiatif baharu melalui pembinaan menara-menara baharu, perkhidmatan jalur lebar secara percuma kepada masyarakat Orang Asli menggunakan teknologi satelit dan juga pemasangan gentian optik berkelajuan tinggi di beberapa premis,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ketereh menzahirkan penghargaan kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob yang mendengar taklimat daripada delegasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan peruntukan RM700 juta menerusi JENDELA untuk meningkatkan kemudahan infrastruktur telekomunikasi di negeri berkenaan bagi menambah baik capaian internet seterusnya memastikan masyarakat dapat menikmati jaringan komunikasi lebih baik. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast