Hospital Kuala Lumpur (HKL) telah mengenal pasti pegawainya yang didakwa tidak memberikan layanan baik kepada pelanggan seperti tular di laman sosial kelmarin.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Hospital Kuala Lumpur (HKL) menafikan dakwaan mesej yang menyatakan bahawa seorang Pakar Bedah HKL bernama Dr Shafawati meninggal dunia pada 3 Sept lepas akibat vaksin seperti yang tular di media sosial.

Pihak HKL menjelaskan bahawa tiada pakar bedah HKL bernama Dr Shafawati yang meninggal dunia seperti didakwa.

Justeru orang ramai dinasihatkan agar tidak mempercayai berita ditularkan yang boleh menimbulkan kebimbangan dan keresahan sebaliknya sentiasa merujuk sumber sahih untuk mendapatkan maklumat terkini dari semasa ke semasa.

Pemakluman berita palsu itu dikeluarkan Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia pada 9 malam tadi.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast