Muhyiddin Yassin letter of demand three-day quarantine minister double standard UMNO Supreme Council Member Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi defy UMNO decision
Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – ”Kenapa Perikatan Nasional (PN) sibuk mahu berunding masa nak pilihan raya?,” soal Datuk Mohd Puad Zakarshi.

Secara sinis, Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata, semasa 17 bulan memerintah, ada PN ajak Barisan Nasional (BN) berunding mengenai penggantungan Parlimen dan pengisytiharan darurat.

”Ada berunding pasal Bajet 2021?

“Minta moratorium automatik pun liat sakan,” ujar Puad lagi.

Beliau mengulas kenyataan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mengatakan pintu rundingan untuk mengadakan kerjasama politik antara PN dengan UMNO-BN masih belum tertutup.

Pengarah Pilihan Raya PN itu menambah, UMNO perlu segera membuat keputusan sama ada mahu bekerjasama pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka atau bertembung sesama sendiri pada 20 November depan. – MalaysiaGazette

Pintu rundingan PRN Melaka masih terbuka, terserah kepada UMNO – Azmin