Petugas kesihatan meneliti keputusan x-raya pesakit Covid-19 Malaysia Gazette di Wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 04 JUN 2021. Gambar hiasan

RAMAI yang pasti terkejut kalau diberitahu bahawa pneumonia ialah punca kematian yang kedua tertinggi di Malaysia saban tahun sepanjang dekad yang lepas. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), pada tahun 2019, pneumonia menyebabkan kira-kira 12.2% kematian di negara kita.

Disebabkan begitu seriusnya pneumonia, Merck Sharp & Dohme (MSD) baru-baru ini
mendermakan vaksin pneumokokus untuk menyokong beberapa hospital dan badan
bukan kerajaan (NGO) yang ingin melindungi pesakit mereka daripada jangkitan
Streptococcus pneumoniae (S. pneumoniae) yang boleh menyebabkan penyakit ini.7
Sebilangan pakar memuji sumbangan syarikat ini kerana mereka menganggapnya
sebagai langkah prihatin yang penting pada ketika negara kita dilanda pandemik Covid-19.

Bahaya yang ditimbulkan oleh pneumonia pneumokokus

Menurut Professor Dr Ariza Adnan, Pakar Perunding Mikrobiologi Klinikal di Hospital
Universiti Teknologi MARA (HUiTM), S. pneumoniae ialah sejenis bakteria yang boleh
menyebabkan cecair dan nanah bertakung di dalam pundi-pundi udara (atau alveolus)
paru-paru. Hal ini menyukarkan pernafasan pesakit lalu menyebabkan kandungan oksigen
di dalam darah menurun sehingga mencapai tahap berbahaya.

Profesor Ariza, yang juga menganggotai Jawatankuasa Teknikal Immunise4Life,
menjelaskan, “Jangkitan S. pneumoniae boleh menyebabkan pneumonia pneumokokus,
iaitu salah satu punca pneumonia yang diperoleh daripada komuniti (CAP) yang paling
lazim berlaku.9 Janganlah kita memandang ringan pneumokokus CAP kerana 27% kes
pneumonia di dunia terdiri daripada penyakit ini.”

Beliau menegaskan, “Kadar kematian akibat pneumonia pneumokokus ketara tinggi dalam
kalangan pesakit yang dimasukkan ke hospital, iaitu antara 12 hingga 30%.”

“Sementara itu, sangat membimbangkan jika pesakit yang didiagnosa menghidap
pneumonia pneumokokus terpaksa bersaing untuk mendapatkan katil di unit rawatan rapi
(ICU), ventilator dan khidmat anggota kesihatan. Sumber hospital ini terhad bekalannya
semasa pandemik Covid-19 sekarang ini.”

Langkah-langkah pencegahan

Pneumonia pneumokokus boleh dicegah dengan berkesan melalui amalan menjaga
kebersihan diri dengan baik, menjalani gaya hidup yang sihat, tidak merokok,
mengelakkan asap orang kedua dan mendapatkan vaksinasi.

Anehnya, tinjauan yang dilakukan baru-baru ini oleh Persatuan Torasik Malaysia (MTS)
mendapati bahawa lebih daripada separuh (62%) peserta tinjauan tidak menyedari pun
bahawa vaksinasi mampu melindungi mereka daripada penyakit ini.

Kata Profesor Ariza, “Usia yang semakin lanjut ialah salah satu faktor risiko yang utama
bagi pneumonia pneumokokus. Orang dewasa yang berumur 65 tahun ke atas sepuluh
kali lebih tinggi kemungkinannya dimasukkan ke hospital kerana menghidap penyakit ini
berbanding dengan orang dewasa antara usia 18 hingga 49 tahun.

“Penyakit lain yang dihidapi pada masa yang sama juga meninggikan risikonya.
Penghidap diabetes (kencing manis), penyakit jantung dan penyakit paru-paru (contohnya
COPD) masing-masing sehingga 3, 4 dan 9 kali lebih berkemungkinan mendapat
pneumonia pneumokokus.”

Profesor Ariza menerangkan bahawa penelitian sistemik dan kajian meta analisis
mendapati bahawa 19% pesakit Covid-19 juga mempunyai jangkitan sampingan. pneumoniae ialah bakteria yang kedua paling lazim ditemui dalam kalangan pesakit yang mempunyai jangkitan sampingan. Kajian ini merangkumi data daripada China, negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat.

“Inilah sebabnya sungguhpun terdapat desakan untuk menjalani vaksinasi Covid-19,
namun Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) dan para pakar yang terkemuka juga
mengesyorkan agar orang yang berisiko tinggi mempertimbangkan langkah mencegah
pneumokokus.18 Pastikan anda berbincang dengan doktor,” kata beliau.

Sumbangan prihatin yang tepat masanya

Puan Pang Lai Li, Pengarah Urusan MSD Malaysia dan Singapura berkata bahawa
keputusan untuk mendermakan vaksin pneumokokus kepada hospital dan NGO yang
memohon sokongan syarikat ini dibuat berlandaskan semangat tanggungjawab korporat,
kewajipan MSD terhadap masyarakat dan demi kesihatan dan kesejahteraan pesakit di
Malaysia.

Kata beliau, “MSD terikat oleh kewajipan melindungi kesihatan awam dengan vaksin-
vaksin syarikat kita yang boleh didapati di negara ini.

“Melalui sumbangan derma ini, kami berhasrat hendak melindungi orang ramai dengan
cara mengurangkan risiko mereka dimasukkan ke hospital kerana menghidap pneumonia
pneumokokus pada masa yang sukar ini.”

Pang menambah bahawa sumbangan ini dibuat sempena Hari Warga Tua Antarabangsa
dan Hari Pneumonia Sedunia, yang masing-masingnya diraikan pada 1 Oktober dan 12
November tahun ini.

Profesor Dr Jamiyah Hassan, Pensyarah dan Pakar Runding Obstetrik dan Ginekologi di
Jabatan Obstetrik dan Ginekologi Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengucapkan terima
kasih kepada MSD atas sumbangan vaksin pneumokokus yang didermakan kepada
Hospital UiTM.

Beliau berkata, “Sumbangan MSD telah membolehkan kami memberikan vaksinasi
pneumokokus secara percuma kepada kakitangan UiTM yang paling memerlukan
perlindungan yang diberikannya, terutamanya penghidap penyakit kronik.”

Dr Murallitharan M., Pengarah Urusan Persatuan Kanser Negara Malaysia, juga
melahirkan penghargaan beliau kepada MSD atas dos-dos yang didermakan kepada NGO
tersebut.

Beliau berkata, “Pesakit yang mempunyai malignansi lebih berisiko mendapat jangkitan
dan komplikasinya. Hal ini disebabkan perubahan pada sistem imun yang mungkin
diakibatkan oleh kanser itu sendiri, jenis-jenis rawatan yang tertentu atau pemakanan
yang kurang berkhasiat.”

“Vaksin pneumokokus MSD tidak hanya bermanfaat bagi penghidap kanser di bawah
jagaan kami tetapi juga bagi ramai lagi pesakit kurang mampu lain yang datang ke klinik
kami”.

Artikel sumbangan Merck Sharp & Dohme (MSD)

MSD, sebuah syarikat biofarmaseutikal global yang ternama,
menghasilkan ciptaan baru demi kehidupan, memperkenalkan ubat dan vaksin untuk merawat penyakit yang paling mencabar di dunia. MSD ialah nama dagang Merck & Co., Inc. yang beribu pejabat di Kenilworth, N.J., Amerika Syarikat.