Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selepas selesai membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap bekas pengurus kanan, Goldman Sachs, Tim Leissner berkaitan kes 1MDB ketika di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 27 OKTOBER 2021.

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan ia menerima aduan bertulis daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke atas Pengurus Kanan Goldman Sachs, Tim Leissner berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), hari ini.

Menurut kenyataan SPRM, suruhanjaya itu akan mengkaji dan meneliti aduan tersebut.

“Penelitian SPRM terhadap aduan yang dibuat bekas Perdana Menteri itu akan meliputi semua aspek sebelum sebarang tindakan lanjut dijalankan dalam perkara tersebut,” kata suruhanjaya anti rasuah itu.

ARTIKEL BERKAITAN: 

Pada pagi tadi, Najib hadir ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya untuk membuat laporan SPRM terhadap Leissner supaya pihak berkuasa Malaysia boleh menyoal, membawa balik beliau atau meminta senarai nama pegawai 1MDB daripada Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat agar nama mereka yang terlibat didedahkan secara umum dan tindakan yang sewajarnya boleh diambil. – MalaysiaGazette