Najib Razak

PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat laporan terhadap seorang individu berkaitan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini.

Menurut sumber, Ahli Parlimen Pekan itu akan membuat laporan tersebut di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini jam 10 pagi.

Satu sidang akhbar berkaitan isu tersebut akan diadakan selepas laporan kepada SPRM selesai.

Artikel berkaitan:

Najib pada 22 Oktober lalu memfailkan saman terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas berhubung dakwaan menyalahgunakan kuasa untuk mendakwanya dalam beberapa kes termasuk membabitkan 1MDB dan menuntut ganti rugi lebih RM1.9 juta.

Bekas perdana menteri itu memfailkan saman tersebut menerusi Tetuan Raj, Ong & Yudistra di Mahkamah Tinggi di sini pada 22 Okt lepas dengan menamakan Thomas dan Kerajaan Malaysia selaku defendan pertama dan kedua. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast