Ustazah Asma Harun.

KUALA LUMPUR – Pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun menegur wanita Muslim  agar tidak terlalu obses mengikut trend di media sosial.

Menerusi hantaran di Facebooknya, beliau berkata, golongan wanita Islam tidak kira tua ataupun muda perlu mengelak membuat kandungan dengan aksi berjoget atau menari di mana-mana platform media sosial.

“Duhai wanita Islam, yang tua atau muda, atas apa tujuan, elak, delete dan berhentilah buat content dengan aksi joget atau tarian ya.

“Sama ada simple atau beria, ringan atau berat, dedah atau tutup aurat, semua sama sahaja. Malu itu iman,” tulisnya.

Hantaran itu ternyata mendapat sokongan daripada orang ramai susulan kini terdapat banyak trend pelbagai jenis tarian di media sosial.- MalaysiaGazette