KUALA LUMPUR – Indeks nilai seunit eksport bagi bulan September 2021 menyusut 0.2 peratus berbanding bulan sebelumnya, disumbangkan oleh kejatuhan indeks minyak galian (-1.1%), jentera & kelengkapan pengangkutan (-0.8%) dan pelbagai barang keluaran kilang (-0.2%).

Sementara itu, indeks volum eksport meningkat 16.2 peratus pada bulan yang sama, disumbangkan oleh kenaikan indeks minyak & lemak binatang & sayur-sayuran (+32.9%), barang-barang keluaran kilang (+29.2%) dan jentera & kelengkapan pengangkutan (+19.2%).

Indeks volum eksport pelarasan bermusim meningkat 15.3 peratus daripada 143.9 mata kepada 165.9 mata, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia.

Berdasarkan perbandingan tahunan, kedua-dua indeks nilai seunit dan volum eksport masing-masing meningkat 15.1 peratus dan 8.3 peratus.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin turut berkata indeks nilai seunit import turut menyusut 0.5 peratus pada September 2021 berbanding bulan sebelum disumbangkan oleh kejatuhan indeks minyak galian (-1.1%), jentera & kelengkapan pengangkutan (-0.8%) dan bahan kimia (-0.2%).

Sebaliknya, indeks volum import meningkat 14.7 peratus pada September 2021 berbanding bulan sebelum, disumbangkan oleh kenaikan indeks minyak galian (+36.9%), bahan-bahan mentah tidak boleh dimakan (+24.3%) dan jentera & kelengkapan pengangkutan (+13.3%).

Indeks volum import pelarasan bermusim pada September 2021 mencatatkan peningkatan 17.3 peratus daripada 137.2 mata kepada 161.0 mata berbanding tahun sebelum, kedua-dua indeks nilai seunit dan volum import masing-masing meningkat 6.6 peratus dan 18.7 peratus.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) turut melaporkan terma perdagangan Malaysia mencatatkan pertumbuhan 0.3 peratus bulan ke bulan kepada 105.9 mata pada September 2021.

Prestasi terma perdagangan Malaysia kekal positif 7.9 peratus daripada 98.1 mata pada September tahun lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast