Premis pusat hiburan dikenakan kompaun RM25,000.
JOHOR BAHRU – 15 individu yang sedang leka minum minuman keras dikompaum RM5,000 setiap seorang dalam Ops Noda/Ops Cahaya di sebuah pusat hiburan di Taman Molek, kira-kira 12.30 tengah malam tadi.
Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintendent Sohaimi Ishak berkata, hasil serbuan mendapati premis berkenaan tiada lesen hiburan awam dan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara Fasa 4.
14 pelanggan dikompaun kerana melanggar SOP di sebuah pusat hiburan di Taman Molek di sini.

“Hasil pemeriksaan kita dapati seramai 15 orang warga tempatan terdiri daripada lapan lelaki dan tujuh perempuan diperiksa yang merupakan seorang penjaga premis dan pelanggan orang pelanggan.

“Dalam operasi itu, penjaga premis telah dikompaun RM25,000 manakala pelanggan dikompaun RM5,000 setiap seorang. Nilai keseluruhan kompaun adalah sebanyak RM95,000,” katanya menerusi kenyataan media di sini.
Pihak polis turut merampas barang peralatan hiburan.
Sohaimi memberitahu, mereka yang terlibat berumur antara 18 tahun hingga 42 tahun.
Kes disiasat di bawah seksyen  6 (2) Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan Negeri Johor 4/98 dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak lebih RM 10,000 atau penjara.
Kompaun dikeluarkan di bawah Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Penyakit Berjangkit 2021.
Polis Daerah Seri Alam akan menjalankan operasi secara berterusan bagi mengawal dan memantau semua pusat-pusat hiburan di daerah ini.
Tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pihak atau individu yang cuba menjalankan operasi pusat hiburan yang masih belum dibenarkan dibuka mengikut undang-undang sedia ada.- MalaysiaGazette