Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf

KUANTAN – Polis Pahang sudah mula menerima dos penggalak bagi sesi kumpulan pertama yang telah lengkap dos kedua vaksin Covid-19 melebihi enam bulan.

Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata, lebih 200 pegawai anggota dari 11 daerah  menerima suntikan dos penggalak itu dan ia akan diteruskan secara berfasa.

“Ini bagi menambah keyakinan barisan hadapan dan bagi persiapan tugasan menyelamat serta bantuan mengahadapi monsun Timur Laut yang dijangka bermula November ini.

“Terima kasih kerajaan negeri memberi keutamaan kepada barisan hadapan dan inisiatif ini akan diteruskan sehingga lengkap terpasuk ahli keluarga anggota,” katanya.

Sebahagian pegawai polis IPD Kuantan menanti di ruang mpemerhatian selepas menerima suntikan penggalak pada hari semalam

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Kommisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, suntikan dos penggalak mula diberikan pada tujuh pegawai di Dewan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Tambah beliau, hampir kesemua pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan sudah lengkap menerima dos kedua vaksin.

Wan Mohd Zahari Wan Busu

“Walau bagaimanapun ada tiga kes anggota yang belum menerima vaksin  aras faktor kesihatan.

“Sebilangan kes terpencil yang masih belum mendapatkan vaksin kerana masih perlu mendapatkan kebenaran doktor berikutan menghidapi penyakit berisiko,” katanya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast