Operasi Khas Nombor Pendaftaran dijalankan serentak dalam Ops Bersepadu malam Deepavali di Jalan Bukit Ubi bagi mengesan pengguna plat nombor 'fancy'

KUANTAN – Pihak polis tidak akan berkompromi mengeluarkan kompaun RM300 kepada pemilik kenderaan yang tidak mematuhi spesifikasi plat atau melakukan pengubahsuaian nombor plat.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, Operasi Khas Nombor Pendaftaran akan berlangsung selama sebulan mendapati masih terdapat pemilik kenderaan yang ingkar.

Jelasnya kesalahan di bawah Seksyen 14(4) itu membabitkan nombor plat kotor, kabur, fancy dan jika mereka boleh dikenakan denda RM300.

“Operasi khas bagi mengesan flat kenderaan fancy yang semakin menjadi ikutan pemilik kenderaan telah bermula 1 November dan akan dilaksanakan sehingga 30 November.

Taklimat Operasi Bersepadu dijalankan di IPD Kuantan malam tadi

“Rata-rata yang menggunakan nombor pendaftaran diubah suai di kalangan  penunggang motosikal sehingga gagal dibaca oleh pengguna jalan raya yang lain,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Sementara itu, Polis Kuantan mengeluarkan 76 saman kepada pengguna jalan raya kerana pelbagai kesalahan melanggar dalam Operasi Bersepadu sempana Deepavali yang dilaksanakan malam tadi.

“Dalam Ops Bersepadu juga telah mengesan dan denda dikenakan kepada 52 pengguna kenderaan yang menggunakan plat nombor fancy.

“Pihak berkuasa telah memeriksa lebih 1,000 kenderaan dan antara kesalahan lain yang dikesan ialah cukai jalan tamat tempoh, tidak memakai tali pinggang dan tiada lesen,” – MalaysiaGazette