Ashraf Rosli

KUALA LUMPUR – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) yang pertama kali dalam sejarah penubuhannya lebih tiga tahun lalu, akan mengumumkan calon bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sabtu ini.

Menurut Ketua Penerangannya, Ashraf Rosli, pengumuman dan penyerahan watikah calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) akan dilakukan Presidennya, Datuk Dr. Ibrahim Ali.

Katanya, majlis itu akan diada secara maya dan aplikasi zoom dari markas operasi dan Pusat Media PRN Putra Melaka pada jam 3 petang.

Pada 19 Oktober lalu, Dr. Ibrahim dalam sidang media di ibu kota mengumumkan parti itu akan bertanding pada PRN Melaka yang dijadualkan 20 November ini.

Keputusan itu dibuat kerana partinya mahu menyelamatkan rakyat daripada permainan politik di negeri berkenaan.

Beliau dilaporkan berkata, Putra akan bertanding sekurang-kurangnya lima daripada 28 kerusi DUN. – MalaysiaGazette