safieyillias94 Instagram Live IG Live Safiey Illias children sexual grooming Neelofa raya MCO 3.0 SOP TTDI Taman Tun Dr Ismail family Covid-19 vaccine The Kuala Muda District Police Chief said that the nurse who had received Covid-19 vaccination on 12 March died of heart attack yesterday
Foto hiasan

KUCHING – Cuti 7,000 orang polis di seluruh Sarawak akan dibekukan selepas tarikh pilihan raya negeri itu diumumkan, kata Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail.

Beliau berkata, lebih 3,000 orang sukarelawan polis dan Rela juga akan membantu melaksanakan pelbagai tugas sepanjang tempoh pilihan raya.

“Polis telah melakukan persediaan lengkap untuk menghadapi pilihan raya dan kami juga akan dibantu oleh sukarelawan polis dan Rela,” katanya secara ringkas kepada Sinchew Daily.

Beliau berkata, Bukit Aman juga menguasai maklumat mengenai keadaan di Sarawak dan akan membantu sekiranya keadaan memerlukan.

Yang di-Pertuan Agong telah menamatkan pengisytiharan darurat di Sarawak yang berkuat kuasa sejak 2 Ogos.

Keadaan itu bermakna pilihan raya negeri perlu diadakan dalam tempoh 60 hari bermula 3 November.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak sepatutnya terbubar pada 7 Jun lalu selepas genap lima tahun dari tarikh mesyuarat DUN pertama. – MalaysiaGazette