Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dira Abu Zahar.

KUALA LUMPUR – Bekas pelakon dan pengacara, Datuk Dira Abu Zahar menyertai senarai selebriti yang bertanding pada pilihan raya apabila menjadi calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November ini.

Dira atau atau nama nama sebenar Khaidhirah Abu Zahar, 37, akan menjadi calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim di bawah Parlimen Jasin.

Ketika ini, Dira merupakan Ahli Majlis Kerja (MKT) UMNO, selain Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Jasin.

Sebelum aktif dalam bidang politik, Dira merupakan pelakon dan pengarah yang dikenali ramai.

Beliau menyertai Pergerakan Puteri UMNO dengan menjawat jawatan sebagai Exco pada tahun 2015.

Pada Jun 2018, anak kepada bekas Ketua Menteri Melaka kelapan, Datuk Seri Abu Zahar Isnin itu telah memenangi Ahli MT UMNO.

Sebelum ini, antara artis yang pernah bertanding pada pilihan raya adalah penyanyi Aishah untuk Pas, penyanyi Herman Tino dan pengacara Azwan Ali, masing-masing sebagai calon bebas. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Patutlah Melayu hancur pompauan mcm ni ahli MT UMNO.
    Hancurkan UMNO PRN Melaka.
    Talibarut Cina
    Rasuah Najib
    1.5 juta Bangla
    Bungkuskan UMNO!!!

Comments are closed.