Nuno Espirito Santo. Foto Sky Sports.
LONDON – Nuno Espirito Santo akan mendapat pampasan sebanyak £12 juta (RM50 juta) daripada Tottenham Hotspur selepas kelab utu memecatnya selaku ketua jurulatih, lapor FTBL.
Nuno hanya sempat berkhidmat selama empat bulan selepas berhijrah dari Wolves bagi menggantikan Jose Mourinho.
Spurs tewas 3-0 di tangan Manchester United pada minggu lalu yang merupakan kekalahan kelima mereka dalam 10 perlawanan liga serta diejek penyokong yang bersorak ‘kamu tidak tahu apa yang kamu lakukan.’

Tottenham menjadi pasukan yang sering menamatkan kedudukan dalam kelompok empat teratas di bawah kendalian Mauricio Pochettino – mara ke final Liga Juara Juara 2019 namun gagal memenangi sebarang trofi sejak 2008. – FTBL

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast