Pengoperasian institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di Perlis, Perak, Pulau Pinang, Sabah dan Kedah mengikut ketetapan pengoperasian Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) akan bermula pada 21 dan 22 Nov.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Pengoperasian institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di Perlis, Perak, Pulau Pinang, Sabah dan Kedah mengikut ketetapan pengoperasian Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) akan bermula pada 21 dan 22 Nov.

Di Kedah, pengoperasian itu bermula pada 21 Nov manakala Perak, Perlis, Pulau Pinang dan Sabah pula pada 22 Nov.

KPM menerusi kenyataan hari ini memaklumkan pengoperasian tersebut melibatkan kehadiran murid Tahun 1 hingga Tahun 6 di sekolah rendah serta kelas peralihan dan Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 di sekolah menengah.

“Institusi pendidikan bawah KPM ini turut merujuk kepada institusi pendidikan swasta berdaftar di bawah KPM bagi kategori sekolah dan kategori pusat.

“KPM menyarankan agar ketetapan ini turut terpakai di semua institusi pendidikan tidak berdaftar dengan KPM, termasuk institusi pendidikan di bawah kerajaan negeri,” menurut kenyataan itu.

Pada 5 Nov lepas, Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengumumkan lima negeri iaitu Perlis, Perak, Pulau Pinang, Sabah dan Kedah beralih daripada Fasa Tiga ke Fasa Empat PPN berkuat kuasa hari ini.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast