AYER KEROH – Antara dua darjat.
Itu yang dapat digambarkan menerusi sekeping gambar yang dikongsikan aktivis pelajar dan masyarakat, Adam Adli Abdul Halim mengenai kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Menerusi perkongsian di Twitter beliau, foto itu seolah-olah mahu menunjukkan bagaimana keutuhan kewangan jentera kempen parti-parti yang bertanding dalam pilihan raya itu.
Adam Adli memuatnaik foto tersebut dengan ciapan: “Tak ramai, tapi ada”.
Ia mungkin juga satu strategi bagi memperlihatkan perbezaan antara parti politik kerajaan dan pembangkang.
Imej pada foto berkenaan menunjukkan perbandingan kenderaan yang digunakan oleh Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) untuk berkempen.
PN menggunakan lori dengan terdapat skrin besar manakala, PH pula hanya menggunakan sebuah van kecil berwarna putih.
Perkongsian Adam Adli itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna laman sosial terutama terhadap van putih yang digunakan PH.
“Kecil-kecil cili padi,” kata seorang pengguna laman sosial berkenaan.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi bagi PRN Melaka pada 20 November, manakala penamaan calon pada hari semalam dan undi awal pada 16 November.
PRN itu diadakan ekoran pembubaran DUN Melaka pada 4 Oktober lepas disebabkan empat ADUN menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
Mereka ialah Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas). – MalaysiaGazette
Tengok Van putih akan teringat kisah van yg dikaitkan dengan cerita culik kanak-kanak