Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Pentas Pilihan Raya Negeri Melaka di Glenmarie Hotel Shah Alam, Selangor. Foto AMIRUL SHAUFIQ 11 NOVEMBER 2021

AYER KEROH – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin tidak pernah meminta jawatan perdana menteri sebaik sahaja Kerajaan Pakatan Harapan (PH) selepas 22 bulan memerintah negara.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendedahkan, pelantikan Muhyiddin sebagai perdana menteri kelapan adalah atas usaha parti Islam itu yang mencadangkan nama beliau bagi menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Kami berjaya kumpulkan ahli Parlimen dan kami cadangan Tan Sri Muhyiddin Yassin jadi perdana menteri.

“Tan Sri tak minta jadi perdana menteri, dia tak minta, tapi kami cadang dia jadi perdana menteri, ini adab, beradab tak minta jawatan.

“Sudah jadi perdana menteri elok-elok, kacau kerusi…demi nak selamat, kita buat perubahan, Tan Sri sanggup letak jawatan daripada perdana menteri.

“Bukan mudah letak jawatan perdana menteri,” katanya pada Pentas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka PN, di Shah Alam, malam ini.

Abdul Hadi juga melahirkan rasa kesal usaha menjatuhkan kerajaan tidak terhenti di peringkat Persekutuan, bahkan berlaku perkara sama di Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka pada 4 Oktober lalu.

“(Bila) terima perdana menteri baharu, terima dengan tenang…selepas berlaku Persekutuan (kerajaan), di Melaka pula jatuhkan kerajaan, jatuhkan kerajaan sendiri, ini satu cara yang tidak bermoral.

“Rakyat Melaka lihat sendiri akibat daripada sekejap sahaja Pakatan Harapan (PH) memerintah, setelah dijatuhkan Barisan Nasional (BN) yang ada kelemahan-kelemahannya,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

 

 

2 Komen

  1. Kacau apa kejadahnya…kalau UMNO tak sokong kau, tak merasa lah ko jd PM hanat! Dah UMNO sokong, UMNO plak kau khianat di PRN Sabah..musibat betul tak kenang budi! padanlah muka ko kena tendang..ko nak rasuah DAP pun, siap keluar TV pun DaP tak nak..gila kuasa betul!

  2. Lupa nak tanya Lebai Hadi..Muhyidin kata PAS Parti Ajaran Sesat..dia dah minta maaf? Ker ko tak kesah sebab dah dapat gaji buta jd wakil ke Timur Tengah bertaraf Menteri? Berapa bilion pelaburan Timur Tengah ko bawa ke Malaysia? Ko tau halal haram tak makan gaji buta?

Comments are closed.