KUALA LUMPUR – Puspakom akan memperluaskan nod urus niaga tanpa tunai dan e-dompet kepada e perkhidmatan bergerak termasuk trak dan van
pada masa yang terdekat.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Shukor Ismail berkata, kadar penggunaan transaksi tanpa tunai yang semakin meningkat di Puspakom menunjukkan penerimaan e-pembayaran di kalangan pelanggan sangat menggalakkan.

Selain kad debit dan kad kredit, Puspakom juga memberikan pilihan pelbagai e-dompet termasuk PUSPAKOM e-wallet, Maybank QRPay, GrabPay, Touch ‘n Go eWallet, Boost, WeChat Pay dan Alipay di semua pusat pemeriksaannya.

Beliau berkata, Puspakom menjangkakan 100 peratus penggunaan transaksi tanpa tunai di kalangan pelanggan akan dicapai pada suku pertama tahun 2022.

Pengenalan urus niaga pembayaran tanpa tunai dengan e-dompet, serta penghasilan laporan pemeriksaan dan resit tanpa kertas di pusat-pusat pemeriksaan Puspakom dilaksanakan sejak bulan April lalu.

Initiatif ini juga sejajar dengan langkah kerajaan yang giat mempromosi penggunaan e-pembayaran dalam kalangan pengguna dan peniaga bagi merancakkan lagi transaksi digital yang mudah dan selamat, dan meningkatkan kebeskesanan sistem e-pembayaran di Malaysia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast