Tiada pelaksanaan PKPD di mana-mana lokaliti hari ini.

KUALA LUMPUR – Dua hari berturut-turut tiada lokaliti baharu di negara ini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad menerusi kenyataan harian MKN berkata, tiada sebarang pelanjutan atau penamatan PKPD dibuat di mana-mana lokasi.

Kali terakhir PKPD diumumkan oleh beliau adalah pada Rabu yang melibatkan Ladang FGV Mengkarak, Bera dan Felda Chini 3, Pekan, Pahang. – MalaysiaGazette