Seorang petugas kesihatan memberi rawatan kepada pesakit Covid-19 di ICU Hospital Kuala Lumpur. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 5,413 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan hari ini.

Angka sekadar pukul 12 tengahari tadi itu menyaksikan kes naik semula daripada 5,143 yang direkodkan semalam.

Ia menjadikan jumlah kumulatif kes setakat ini yang dikesan dalam negara adalah sebanyak 2,556,865.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dalam ciapan Twitter rasmi beliau memuatkan perkembangan terbaharu itu.

Katanya, butiran terperinci mengenai perkembangan Covid mengikut negeri dan sebagainya akan dikemaskini dalam laman rasmi Covidnow.moh.gov.my mulai 12 tengah malam nanti.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast