Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Marzuk Shaary seramai 50 warga Palestin yang terjejas akibat Covid-19 di Kuala Lumpur baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Nasib warga Palestin yang menetap di negara ini terus mendapat perhatian banyak pihak.

Baru-baru ini menerusi kerjasama antara Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yayasan Waqaf Malaysia dan rakan badan bukan kerajaan, Hand of Charity, seramai 50 warga Palestin yang terjejas akibat Covid-19 menerima sumbangan dana bagi meringankan beban mereka.

Sumbangan disampaikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Marzuk Shaary.

Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Waqaf Malaysia, Prof Madya Dr Amir Shaharudin dan Pengurus Eksekutif Hand of Charity, Abdul Rahman Hanini.

Ahmad Marzuk berkata, penyaluran sumbangan itu bukti YADIM menyantuni seluruh masyarakat merentasi ideologi dan budaya.

“Hal ini bertepatan dengan misi YADIM iaitu untuk menyebarluas kegiatan dakwah menerusi kebajikan, pendidikan dan sosial untuk meninggikan martabat Islam dan kesejahteraan ummah.

“Penyaluran sumbangan ini juga diharap dapat membantu warga Palestin dan sebagai penanda aras bahawa YADIM sentiasa cakna dengan kebajikan masyarakat bukan sahaja warga Malaysia tetapi juga saudar Islam yang lain,” ujarnya.

Menurut Tuan Kamarul pula, inisiatif membantu warga Palestin oleh pihaknya ini sebenarnya sudah bermula sejak inisden serangan Israel ke atas Gaza pada tahun ini.

Jelasnya, selain sumbangan seperti ini, bantuan juga disampaikan kepada para pelajar yang mengikuti pengajian di negara ini.

Bagi pihak Hand of Charity, Abdul Rahman merakamkan berbanyak penghargaan kepada YADIM dan Yayasan Waqaf atas sumbangan yang diberikan dan berhasrat untuk mengadakan lebih banyak kerjasama antara kedua pihak.

Secara keseluruhan, seramai 289 warga Palestin dibantu menerusi inisiatif ini, iaitu 150 orang masing masing menerima sumbangan di Ampang, Kajang dan Gombak.

Seramai 51 orang lagi menerima sumbangan menerusi perpindahan elektronik, sementara 71 lagi akan disampaikan sendiri oleh Hand of Charity.

10 orang pula terlebih dahulu menerima sumbangan kerika negara dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sebelum ini.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast