Norhizam Hassan Baktee showing his inked finger after casting his vote at Sekolah Rendah Agama JAIM, Taman Datuk Thamby Chik Karim today.
Norhizam Hassan Baktee showing his inked finger after casting his vote at Sekolah Rendah Agama JAIM, Taman Datuk Thamby Chik Karim today. Norhizam menunjukkan jarinya sebagai bukti beliau telah menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi di pusat mengundi di Sekolah Rendah Agama JAIM, Taman Datuk Thamby Chik Karim di sini, hari ini.

BATU BERENDAM – Penyandang kerusi bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee dilihat masih lagi berkempen dengan merayu pengundi untuk memilih dirinya sebagai wakil rakyat.

Ketika ditemui media di pusat mengundi di Sekolah Rendah Agama JAIM, Taman Datuk Thamby Chik Karim di sini, beliau yang datang dengan menaiki motosikal meminta agar pengundi-pengundi memilih dirinya jika mahu melihat beliau membawa masalah rakyat di dalam sidang DUN.

“Ketika empat lagi calon di Pengkalan Batu sibuk menabur janji, saya telah menabur khidmat saya.

“Insya-Allah hari ini rakyat akan tentukan. Saya merayu sekali lagi untuk pengundi saya, jika anda mahu melihat saya di DUN, undilah saya.

“Saya merayu agar diberi ruang dan peluang untuk terus membawa suara rakyat Melaka. Saya berjanji untuk menjadi wakil rakyat (yang baik) untuk Pengkalan Batu.” katanya hari ini.

Bagaimanapun, tindakan beliau itu dilihat bercanggah dengan peraturan-peraturan yang ditetapkan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang tidak lagi membenarkan calon-calon bertanding untuk berkempen dalam apa-apa jua platform pada hari mengundi.

Beliau mungkin telah melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 ekoran tindakannya itu.

Norhizam yang pernah menyandang jawatan Timbalan Pengerusi DAP Negeri Melaka ‘menawan’ kerusi Pengkalan Batu di bawah Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dengan majoriti 2,756 dan dilantik sebagai Exco Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan Negeri.

Pada PRN Melaka, Norhizam akan berdepan pertembungan lima penjuru dengan calon muda Muhamad Danish Zainudin (PH), Mohd Azrudin Md Idris (PN), Dr Mohd Aluwi Sari (Putra) dan Datuk Kalsom Nordin (BN). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast