VP Shanmugam

MELAKA – Calon tunggal MIC, VP Shanmugam memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Gadek pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Perangkaan tidak rasmi, Shanmugam mengalahkan penyandang kerusi itu, G Saminathan dari Pakatan Harapan dengan majoriti 559 undi.

Pada 2018 MIC gagal mempertahankan kerusi berkenaan selepas calonnya, P Panirchelvam kalah kepada Saminathan dengan hanya majoriti 307 undi. – MalaysiaGazette