Monday, February 26, 2024
Home Politik Pas, benar-benarlah bermuhasabah, bertambahlah istiqamah – Nik Abduh

Pas, benar-benarlah bermuhasabah, bertambahlah istiqamah – Nik Abduh

Nik Abduh Nik Abdul Aziz

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengucapkan tahniah ke atas Barisan Nasional (BN) yang berjaya membentuk kerajaan di Melaka selepas memenangi majoriti pada Pilihan Raya Negeri (PRN) malam tadi.

Menerusi hantaran di Facebook, Nik Abduh turut merakamkan takziah kepada partinya yang tewas semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi.

Beliau juga menyeru partinya agar benar-benar bermuhasabah dengan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

“Tahniah Melaka. Dari Pulau Melaka. Tahniah BN. Daripada rakan MN. Takziah Pas. Daripada Pas. BN, benar-benarlah bersyukur. Bertambahlah lagi.

“Pas, benar-benarlah bermuhasabah. Bertambahlah istiqamah,” tulis beliau.

BN membentuk kerajaan di Melaka selepas memenangi 21 daripada 28 kerusi DUN yang ditandingi kali ini dan meninggalkan Pakatan Harapan (PH) yang mendapat lima kerusi manakala Perikatan Nasional (dua).

Pada PRU Melaka kali ini, Pas buat pertama kalinya bertanding dengan menggunakan logo PN. – MalaysiaGazette