Gambar hiasan

MELBOURNE – Harga minyak mentah jatuh ke paras terendah tujuh minggu pada hari Isnin, melanjutkan penurunan selepas kejatuhan sesi sebelumnya.

Kejatuhan itu dipacu oleh kebimbangan lebihan bekalan selepas Jepun sedang menimbang pelepasan rizab minyak dan lebihan permintaan daripada situasi Covid-19 yang semakin teruk di Eropah.

Brent turun AS$0.57 atau 0.72% kepada AS$78.32 setong pada 0206 GMT dan niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) AS susut AS$0.39 atau 0.51% kepada AS$75.55 setong.

Harga WTI dan Brent mencecah paras terendah sejak 1 Oktober pada awal sesi.

Kedua-dua penanda aras ini merosot sekitar 3% pada hari Jumaat. – Reuters

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast