Minister of National Unity, Datuk Halimah Mohamed Sadique MITRA funds Malaysian Indian Community Transformation Unit (MITRA) MACC
Datuk Halimah Mohamed Sadique

KUALA LUMPUR – Menteri Perpaduan Negara, Datuk Seri Halimah Mohamed Sadique sempat berseloroh dengan Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer, sebelum menjawab perbahasan melibatkan kementeriannya.

Daripada 23 Ahli Parlimen yang mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat jawatankuasa Kementerian Perpaduan Negara bagi Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2022, beliau menjawab persoalan yang dibangkitkan RSN Rayer.

“Jelutong… terima kasih YB. (Nampaknya) hari ini dalam keadaan tenang dan saya juga boleh berdiri dengan senyuman yang baik pada hari in

“Hari ini Jelutong mengamalkan konsep perpaduan. Jadi, kita ucap terima kasihlah berbanyak banyak… ia bermula dengan kita semua dan telah dibuktikan oleh YB Jelutong,” katanya berseloroh.

Menurut Halimah, bagi memastikan perpaduan kaum sentiasa berterusan, kementeriannya mewujudkan satu jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Exco Perpaduan dan Jawatankuasa Permuafakatan Daerah.

Menurutnya, jawatankuasa itu dipengerusikan beliau dengan anggota Exco portfolio perpaduan dan agama setiap negeri ahli serta duduk berbincang meliputi semua perkara berkaitan keharmonian kaum.

Selain itu, katanya, satu jawatankuasa diwujudkan yang dinamakan Jawatankuasa Harmoni KPN yang ahlinya adalah 14 ketua-ketua agama bagi membincangkan soal berkaitan dengan agama.

“Jawatankuasa ini pula, ada satu lagi iaitu Jawatankuasa Harmoni Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang dipengerusi oleh saya dan Menteri agama, Senator Datuk Idris Ahmad.

“Dalam Jawatankuasa Harmoni Jakim ini, semua ketua agama di bawah Jawatankuasa Harmoni KPN akan duduk sebagai ahli.

“Mereka di dua jawatankuasa ini bertanggungjawab menjadikannya sebagai platform untuk harmonikan kaum sekiranya berlaku perkara yang tidak sepatutnya, yang ada kaitannya dengan agama,” katanya.

Kata Halimah, mereka akan duduk berbincang untuk mencari dan mengambil jalan penyelesaian yang terbaik. – MalaysiaGazette