drug case police lockup escapee Perak state assemblyman drug PDRM murder case Jalan Ampang logo
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Seorang remaja perempuan berjaya melarikan diripada menjadi mangsa culik dalam kejadian di Taman Molek di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Mohd Sohaimi Ishak mengesahkan kejadian itu berkata, ketika kejadian mangsa berusia 13 tahun dikatakan ingin memasuki perkarangan sekolah sebelum dia dipanggil seorang lelaki tidak dikenali.

Suspek kemudiannya sempat melarikan mangsa sejauh 400 meter dari lokasi kejadian sebelum mangsa meronta-ronta dan berjaya melepaskan diri.

“Difahamkan, lelaki berkenaan memanggil mangsa ke keretanya dengan memberi alasan untuk meminta tolong memberikan borang kepada pihak sekolah.

“Namun mangsa kemudiannya memberitahu borang berkenaan tertinggal di rumah dan meminta remaja remaja berkenaan mengikutinya tetapi sampai separuh jalan apabila mangsa lihat situasi menjadi ke arah lain dan memukul suspek sehingga supek memberhentikan kereta.

“Mangsa dikatakan meronta-ronta dan sempat keluar dari kereta berkenaan sebelum sempat meminta tolong orang ramai menghubungi bapanya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Mohd Sohaimi, polis masih menjalankan siasatan lanjut mengenainya.

Sementara itu, suspek berusia lewat 30-an itu kini diburu dan diyakini masih berada di Johor Bahru.

“Kita telah mengenal pasti suspek dan juga rumahnya. Hasil siasatan, beliau mempunyai rekod mental dan juga rekod jenayah berkaitan dadah,” katanya.- MalaysiaGazette