KUALA LUMPUR – Seramai 65 pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Seri Puteri Cyberjaya dekat sini dikatakan positif Covid-19.
Difahamkan kesemua mereka pelajar tingkatan satu dan dua di sekolah berkenaan, menurut Twitter Radzi Jidin Comms malam ini.
“Ini merupakan kali pertama SBP kena kes sebanyak ini. Doakan dipermudahkan segala urusan. Akan update dari masa ke semasa,” ciapnya.
Akaun media sosial yang sama turut memuat naik gambar Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin pergi ke sekolah berkenaan malam ini.
Ada netizen mengatakan semua pelajar telah dikuarantin di MAEPS.
Bagaimanapun setakat ini belum ada pengesahan dan maklumat daripada Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan mengenai perkara itu.- MalaysiaGazette