Bapa Noryn Aziz, Allahyarham Abd Aziz Mohd Dali. Foto Instagram Noryn Aziz.

KUALA LUMPUR – Bapa penyanyi Noryn Aziz iaitu Allahyarham Abd Aziz Mohd Dali menghembuskan nafas terakhir akibat kanser hati tahap empat di kediamannya di Shah Alam, di sini hari ini.

Noryn atau nama sebenarnya, Norazmahwati Abd. Aziz, 45, berkongsi perkhabaran duka menerusi hantaran dalam Instagram (IG), sebentar tadi.

“Dengan dukacitanya dimaklumkan ayah kesayangan Noryn, Hj Abd Aziz Mohd. Dali kembali ke rahmatullah petang ini di rumah keluarga kami.

“Terima kasih. Al-Fatihah buat ayah tersayang,” tulisnya.

Menerusi hantaran itu, penyanyi lagu Fantasi O Realiti itu memaklumkan urusan pengebumian arwah bapanya akan dilakukan pada malam ini selepas waktu Isyak.

“Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kg Budiman, jam 9 malam,” katanya. – MalaysiaGazette