EPF employees Provident Fund total lockdown closure
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka mengumumkan kadar dividen bagi tahun 2021, tengah hari esok.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menutup cawangannya di Kuala Lumpur dan Labuan esok, 3 Dis, sempena cuti umum bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan.

Dalam satu kenyataan hari ini, ia berkata ahli  di Kuala Lumpur yang ingin menjalankan sebarang transaksi di kaunter KWSP boleh pergi ke cawangan lain yang terdekat di Petaling Jaya di PJX-HM Shah Tower, Puchong, Shah Alam, atau Gombak.

“Selain itu, ahli juga digalakkan untuk melakukan transaksi tertentu dalam talian melalui i-Akaun,” katanya.

Semalam Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim mengisytiharkan Jumaat sebagai Hari Kelepasan Am Tambahan di seluruh Wilayah Persekutuan susulan kejayaan pasukan Kuala Lumpur (KL) City FC merangkul kejuaraan Piala Malaysia setelah 32 tahun penantian dengan kali terakhir kemenangan pada 1989.

— BERNAMA