Joe Mourinho REUTERS/Alberto Lingria

LONDON – Bekas Pengurus Tottenham Hotspurs dan Manchester United, Jose Mourinho kini dikhabarkan kuat bakal kembali ke Liga Perdana Inggeris apabila dikaitkan dengan tugas sebagai Pengurus Everton.

Laporan kelab Toffees itu mendakwa, pengurus kelab Serie A Itali, AS Roma terbabit diintai kelab EPL itu untuk menggantikan Rafael Benitez.

Mourinho menjulang tiga gelaran EPL bersama Chelsea dan Liga Eropah bersama Manchester United sebelum menyertai kelab Itali itu musim lalu.

Namun situasi semasa Jose di Itali mula meletus apabila mengadu tentang krisis yang sedang melanda kelab itu.

Walaupun Mourinho berpindah ke Rom Julai lalu, bekas pengurus Real Madrid itu dikatakan bersedia untuk kembali ke EPL dalam masa terdekat.

Malahan Mourinho dikatakan berpotensi ditawarkan tugas mengemudi pasukan Everton yang kini bermasalah di bawah kendalian Benitez.

Mourinho didakwa calon berpotensi untuk mengemudi the Toffess jika Benitez dipecat pada bila-bila masa.

Wujud desakan dari majoriti penyokong yang mahu Benitez dipecat ekoran kekalahan memalukan 4-1 di tangan Liverpool.

Everton di bawah kendalian Benitez kalah tujuh perlawanan dan seri dua dalam 10 perlawana terakhir musim ini.

Walaupun pemilik Everton Farhad Moshiri menyatakan sokongan kepada kebolehan Benitez, tetapi laporan percaya Benitez berkemungkinan dipecat sebelum sambutan Krismas ini jika tidak memperbaiki keputusan dalam liga.

Mourinho dikaitkan kuat bakal menggantikan Benitez di Goodison Park.-Metro.c.uk.