Azalina Othman Said
Azalina Othman Said

KUALA LUMPUR – Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said terpaksa bertegas dengan Mohamed Hanipa Maidin (PH-Sepang) berhubung tempoh masa perbahasan.

Ini kerana Azalina yang mempengerusikan mesyuarat pada sesi petang terpaksa memanfaatkan masa yang ada untuk memberi peluang kepada semua ahli Dewan Rakyat yang mengambil bahagian untuk berbahas.

Bagaimanapun, Mohamed Hanipa yang bangkit dari tempat duduknya meminta masa untuk mencelah dalam perbahasan Teo Nie Ching (PH-Kulai) mengenai isu berkaitan Kementerian Kesihatan  (KKM) bagi peringkat jawatankuasa.

“Yang Berhormat… Yang Berhormat Timbalan Speaker ke saya? Saya sementara sahaja ni. Saya kata tak boleh, tak bolehlah…takkan bila saya kata tak boleh nak paksa saya kata boleh.

“Jadi, please give me do my job and you do your job,” saya ada 30 orang nak bahas ini, tak boleh minta maaf,” tegas Azalina.

Mendengar jawapan itu, Hanipa kembali menyoal Azalina mengapa tidak boleh untuknya mencelah.

Azalina kemudiannya menjawab, selepas ini akan ada 30 orang lagi pembahas yang akan membahaskan usul mengenai Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang turut berlangsung petang ini.

Katanya, disebabkan itu beliau tidak mempunyai masa untuk diberikan kepada Hanipa kerana mahu menghabiskan perbahasan pada sesi petang mengikut ketetapan sebelum Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali menggulung.

“Saya ini cakap baik-baik, nanti kalau saya buka mask (pelitup muka) saya cakap lain pula,” tegas Azalina sehingga membuatkan Hanipa akhirnya kembali duduk. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.