SYDNEY – Selepas Amerika Syarikat (AS), Australia pula mengesahkan memboikot Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di China.

Perdana Menteri Scott Morrison berkata, keputusan itu sebagai tindak balas kepada “penyalahgunaan hak asasi manusia” di wilayah Xinjiang dan “banyak isu lain yang secara konsisten dibangkitkan oleh Australia”.

Namun, attlet tetap akan hadir, tambahnya.

China telah mengecam pengumuman AS dan mengancam untuk bertindak balas, tanpa memberikan butiran lanjut.

Pada hari Isnin, AS berkata ia tidak akan menghantar diplomat ke Sukan di Beijing atas kebimbangan mengenai rekod hak asasi manusia China.

Morrison berkata, keputusan Australia itu “tidak mengejutkan” memandangkan hubungan dengan China telah merosot sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

”Saya melakukannya demi kepentingan negara Australia dan ia adalah perkara yang betul untuk dilakukan,” katanya.

Marrison menuduh China menolak peluang untuk memperbaiki hubungan walaupun beliau menegaskan Australia kekal terbuka kepada rundingan dua hala.

Pada taklimat media pada hari Selasa, jurucakap Kementerian Luar China Zhao Lijian menuduh AS melanggar pendirian “berkecuali politik dalam sukan” dan berkata cadangan boikot itu “berdasarkan pembohongan dan khabar angin”.

AS telah menuduh China melakukan pembunuhan beramai-ramai dalam penindasannya terhadap minoriti Uyghur yang majoritinya beragama Islam di wilayah barat Xinjiang.

Namun dakwaan itu dinafikan sekeras-kerasnya oleh China. – BBC

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast