Mas Ermieyati Samsudin Melaka CM The Minister of Plantation Industries and Commodities (MPIC), Datuk Zuraida Kamaruddin speaks at a news conference after the launch of Mechanisation and Automation Research Consortium of Oil Palm (MARCOP) at Tenera Hotel, Bandar Baru Bangi, Selangor. PIX: AFFAN FAUZI / MalaysiaGazette / 18 NOVEMBER 2021.
Zuraida Kamaruddin

BANGI – Kuala Lumpur akan menghasil dan mengkomersialkan bahan api biojet daripada minyak sayuran terhidrogenasi (HVO) dalam masa empat hingga lima tahun lagi.

Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, Malaysia telah memulakan kajian bagi bahan api itu dengan menggunakan minyak sawit untuk dipasarkan di pasaran China dan Eropah.

Menurutnya, pasukan penyelidik dari Lembaga Minyak Sawit (MPOB)  telah memulakan kerja-kerja dengan pasukan Institut Arang Batu Kimia di China sejak enam bulan lalu dan memerlukan enam bulan lagi untuk menyelesaikan kajian tersebut.

“Apabila kajian itu diselesaikan maka mereka akan mula menghasil dan memasarkan bahan api biojet untuk kapal terbang,” katanya dalam sidang media selepas menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara empat entiti bagi menjayakan projek itu.

Syarikat-syarikat itu adalah Lembaga Minyak Sawit (MPOB), Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PMIP), Shanxi Construction Investment Group Co. Ltd. dan Institut Arang Batu Kimia, Akademi Sains China.

MoU itu bertujuan untuk menggalakkan pertukaran teknikal pada proses pengeluaran biodiesel generasi kedua dan bahan api biojet yang terletak di Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang di Johor.

HVO dikenali sebagai biodiesel generasi kedua yang mana minyak sawit ditambah dengan hidrogen untuk menjadi biofuel dalam bentuk hidrokarbon. Ia juga boleh dihasilkan menggunakan sisa kelapa sawit atau selain produk kelapa sawit lain seperti minyak sawit mentah (MSM).

“Ia mengambil masa empat hingga lima tahun sebelum kita dapat pasarkan bahan api biojet itu,” katanya lagi

Zuraida berkata, projek ini melibatkan pelaburan berjumlah RM1.2 bilion untuk kilang bahan api biojet dan RM1.6 bilion untuk perolehan tapak kilang.

Projek ini dijangka memberikan pelaburan langsung asing sebanyak RM3 bilion dan mewujudkan 800 peluang pekerjaan di negara ini.

HVO adalah potensi seterusnya bagi pasaran biodiesel sawit kerana permintaan yang semakin meningkat telah direkodkan dalam banyak negara termasuk Kesatuan Eropah. – MalaysiaGazette