MGNews: Rakyat Berharap Bantuan Kerajaan Tidak Sekerat Jalan

KUALA LUMPUR – Bajet 2022 yang dibentangkan akhir Oktober lalu ternyata membantu meringankan beban rakyat Malaysia di pelbagai peringkat usia yang menerima kesan akibat pandemi Covid-19.

Tinjauan MalaysiaGazette mendapati rata-rata penerima insentif yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam pembentangan bajet itu melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada kerajaan.