Gambar hiasan

SINGAPURA – Harga minyak naik pada Selasa tetapi kenaikan harga terhad berikutan kebimbangan pelabur mengenai permintaan minyak selepas sekatan baharu dikenakan di Eropah dan Asia di tengah-tengah peningkatan kes koronavirus.

Niaga hadapan minyak mentah Brent West Texas Intermediate (WTI) masing-masing naik AS$0.01 kepada AS$74.40 dan AS$71.30.

“Pedagang tenaga tidak mahu bertaruh terhadap OPEC+ tetapi semua risiko jangka pendek daripada Omicron kepada kawalan ketat oleh Rizab Persekutuan terbukti sangat mengganggu prospek jangka pendek untuk harga minyak,” kata Edward Moya, penganalisis kanan di OANDA.

Tambahnya, virus yang merebak di seluruh Eropah memberi kesan yang lebih besar daripada yang dijangkakan.

Kerajaan di seluruh dunia, termasuk yang terbaharu – Britain dan Norway telah mengenakan sekatan untuk menghentikan penyebaran varian Omicron.

Sekurang-sekurang seorang pesakit yang dijangkiti Omicron telah meninggal dunia – kematian pertama dunia yang disahkan secara terbuka. – Reuters