Azzizan Nordin. Foto Facebook Penang FC.

KUALA LUMPUR – Kelab Penang FC memperkenalkan pemain baharu  iaitu Azzizan Nordin bagi menghadapi Liga Malaysia musim depan.

Pemain tengah berusia 27 tahun itu memulakan kerjaya profesional bersama skuad Harimau Muda yang bermain di Liga Perdana Malaysia.

Pemain kelahiran Bongawan, Sabah itu kemudiannya menghabiskan empat musim bermain dalam Liga-S Singapura bersama Harimau Muda.

“Selepas pembubaran Harimau Muda, dia menandatangani kontrak bersama pasukan Sabah dari musim 2016 sehingga tamat musim 2021.

“Azzizan menerima panggilan untuk bersama skuad kebangsaan pertamanya pada tahun 2018 di bawah kendalian jurulatih Tan Cheng Hoe untuk perlawanan persahabatan menentang Chinese Taipei dan Kemboja.

“Dia membuat penampilan sulung pada 10 September 2018 dalam perlawanan menentang Kemboja di mana dia masuk sebagai pemain gantian pada separuh masa pertama menggantikan Nasir Basharudin,” kata Penang FC yang akan beraksi dalam Liga Super menerusi hantaran Facebook miliknya hari ini.- MalaysiaGazette