Dr. Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR – Wajarkah individu yang melanggar SOP dikenakan hukuman penjara tujuh tahun atau denda maksimum RM100, 000 atau kedua-duanya sekali?

Itu pertanyaan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki yang meminta pandangan ramai mengenai cadangan pindaaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Cadangan hukuman itu atas kesalahan tidak memakai pelitup muka, pelanggaran kuarantin dan berada di tempat sesak.

“Apa pandangan semua? Apakah wajar dipinda untuk dinaikkan hukuman yang begitu keras sekali?” soalnya dalam hantaran media sosialnya hari ini.

Akta 342 pada masa ini memberi kuasa kepada Kementerian Kesihatan (KKM) mengenakan denda sebanyak RM1,000 bagi individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan seperti tidak memakai pelitup muka di tempat umum.

Ramai yang netizen yang membalas pertanyaan Asyraf, rata-rata tidak bersetuju dengan hukuman yang disifatkan terlalu keras dan ia tidak wajar dilaksanakan.

Malah ada bimbang sekiranya dilaksanakan akan berlaku penguatkuasaan pilih kasih dan menyebabkan kemarahan rakyat.

Salah seorang netizen, Muhamadhamdanmohdasri menganggap hukuman itu bukan untuk SOP endemik tetapi peraturan yang kawalan penuh.

“Tak wajar sama sekali. Sebab ni bukan jenis SOP Endemik ni. Cakap nak masuk Endemik. Ni SOP control total.

“WHO pun tak buat undang-undang macam ni. Dr Tedros WHO tu relaks ja bercakap sidang media tak pakai mask.” tulisnya.

Manakala Sed Abd menganggap ia seolah-olah hukuman seperti kesalahan jenayah bukan mendidik masyarakat.

“Sepatutnya hukuman lebih mendidik masyarakat. Contoh lebih kpd khidmat masyarakat.. di hospital Covid selama sebulan.. jika gagal ditambah.. kalau penjara ini macam melakukan kesalahan jenayah seperti merompak dan mencuri.” tulisnya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.