Rita Rudaini.

KUALA LUMPUR – Pelakon yang terlibat kontroversi berkaitan vaksin, Rita Rudaini meluahkan rasa syukur apabila dapat menunaikan solat Subuh secara berjemaah di masjid.

Menerusi satu perkongsian di Insta Story, Rita bagaimanapun rasa sedikit janggal kerana setiap jemaah perlu menjaga jarak satu meter antara satu sama lain.

“Pagi ni saya dapat solat Subuh jemaah di masjid. Alhamdulillah, tapi rasa lain bila kena solat jarak. Memang rasa lain,” tulisnya.

Malah ada yang mengatakan sesetengah masjid membenarkan solat tanpa perlu mendapatkan suntikan vaksin.

Sementara itu, ada yang mendakwa Rita telah pun mendapatkan suntikan vaksin.

“Dia sudah vaksin sis tapi tak mengaku. Lepas tu acah anti vaksin,” dakwa seorang lagi netizen.

Terdahulu, Rita mendakwa dirinya insan terpilih kerana tuhan membuka matanya untuk menolak pengambilan vaksin.

Sebelum ini, Rita berkata, dirinya bukan seorang anti vaskin namun lebih selesa digelar pro safe. – MalaysiaGazette