Dr Noor Hisham Abdullah

PUTRAJAYA – Kadar kebolehjangkitan atau Rnaught (Rt) penularan Covid-19 di dalam negara berdasarkan kes positif harian yang dilaporkan pada 16 Disember 2021 terus menurun kepada 0.90 berbanding 0.92 semalam.

Penurunan Rt sebanyak 0.02 itu menunjukkan perkembangan positif dari segi penularan kes yang masih pada fasa mendatar dan terkawal di dalam negara.

Bagaimanapun mengikut pecahan negeri, kadar kebolehjangkitan Rt di Negeri Sembilan masih tertinggi dalam negara apabila untuk hari ketiga berturut-turut kekal pada kadar 0.92, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Pahang pula menyaksikan penurunan Rt kepada 1.00 berbanding 1.01 semalam disusuli negeri utara iaitu Pulau Pinang masih kekal pada kadar Rt 1.00 untuk hari ketiga berturut-turut.

Terengganu pula merekodkan Rt 0.99 kali ini berbanding 0.98 berdasarkan data semalam.

Perak hari ini mencatatkan Rt 0.98 berbanding 0.99 semalam dan 0.97 kelmarin dan Labuan Rt 0.98 berbanding 0.97 semalam.

Kuala Lumpur turut merekodkan kadar kebolehjangkitan rendah iaitu 0.97 berbanding 0.98 semalam.

Melaka yang merekodkan Rt 1.00 semalam turun kepada Rt 0.96 hari kali ini.

Johor turut merekodkan Rt menurun daripada 0.98 semalam kepada 0.96 hari ini.

Negeri Selangor kadar kebolehjangkitannya tidak berubah apabila kekal 0.95 hari ini.

Perlis juga menyaksikan kadar Rt menurun daripada 0.95 kepada 0.93 hari ini manakala Kedah pula kekal pada kadar 0.93 seperti semalam.

Kelantan dan Putrajaya yang berada pada kadar Rt 0.90 semalam turun lagi menjadi 0.86 disusuli Sabah daripada 0.84 kepada Rt 0.83 hari ini.

Kadar kenolehjangkitan di Sarawak masih negeri terendah walaupun bacaan semasa naik satu mata dari 0.74 semalam kepada 0.75 hari ini.- MalaysiaGazette