Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR– Sebanyak 68 laluan bas yang beroperasi di sekitar Lembah Klang akan ditutup bermula hari ini.

Rapid Bus Sdn Bhd selaku pengendali rangkaian perkhidmatan bas Rapid KL ingin memaklumkan bahawa berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu dan banjir kilat di Lembah Klang.

Senarai laluan bas yang terjejas adalah seperti yang dilampirkan.

Justeru, menurut Rapid dalam satu kenyataan, kesejahteraan penumpang dan kapten bas menjadi keutamaan pihaknya dalam situasi sebegini.

“Kami ingin mengingatkan orang awam untuk kekal selamat dan berwaspada dengan situasi semasa.

“Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan dan berterima kasih di atas pemahaman anda,” kata kenyataan yang sama.- MalaysiaGazette