MGNews: Polis Tahan Penjawat Awam, Isteri Edar Dadah

KUALA LUMPUR – Seorang penjawat awam dan isterinya merupakan antara tiga suspek yang dicekup polis pada Jumaat lalu kerana disyaki mengedar dadah di sekitar Lembah Klang.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, tangkapan suspek dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Wangsa Maju pada pukul 6.45 petang di Jalan Kampung Bandar Dalam, Setapak, di sini.